Friday, July 11, 2008

Tahniah!

Tahniah kepada pasukan bola sepak sekolah, kerana telah merangkul tempat pertama dalam pertandingan bola sepak di antara juara-juara (tak pasti juara-juara daerah atau apa?mohon maaf). Ini melayakkan mereka untuk mewakili negeri pahang.Pencapaian ini sangat membangggakan pihak sekolah dan rakan seperjuangan. Semoga berjaya di peringkat yang seterusnya.

Hari Sumberia Koperasi 2008





Hari sumberia koperasi sekolah telah berlangsung pada 29 June 2008. Bertempat di Dataran Seri S.M.K.Beserah. Tujuan hari sumberia koperasi ini diadakan adalah untuk mengalakkan para pelajar dengan dunia perniagaan atau keusahawanan. Pada hari tersebut semua gerai telah di kendalikan oleh pelajar. Di mana semua promosi, barang yang hendak di jual, hiasan gerai telah di lakukan sepenuhnya oleh pelajar. Modal telah di berikan oleh koperasi sekolah dan untungnya akan di berikan kepada ahli-ahli kelab yang terlibat.