Wednesday, March 17, 2010

Keputusan SPM 2009

Alhamdulillah, setelah sekian lama calon-calon SPM menunggu keputusan mereka, akhirnya, pada tarikh ini 11 Mac 2009 (khamis) keputusan akan diumumkan.

Cikgu Hamzah telah mengumumkan, terdapat 7 orang pelajar yang meraih keputusan yang cemerlang dalam SPM. Mereka adalah :

1) Fatimatuz Zaharah [5amanah] - 7A2B1C
2) Izyana [5amanah] - 7A1B1D
3) Izzuani [5amanah] - 7A1B1C
4) Nurul Nadhirah [5amanah] - 6A3B
5) Nur Khalilah [5arif] - 6A2B1C
6) Sharifah Noor Ajerah [5amanah] - 6A2B1C
7) Sofea [5amanah] - 6A2B1C

Pelajar cemerlang pada tahun ini semuanya perempuan. Agak kecewa kerana keputusan Syed Amer turun secara mendadak. Bayangkan, trial 8A, result sebenar 4A [kalau tak silap laa].. Dia sendiri speechless..
Tahniah buat semua yang berjaya. Semoga pelajar-pelajar SMKBeserah terus berusaha tuk mencapai kejayaan.. Buat pelajar tingkatan 5 2010, sahutlah cabaran guru-guru mu, dan teruskan usaha anda supaya SMKBeserah menjadi antara sekolah luar bandar yang cemerlang..

Sunday, April 26, 2009

Hari Anugerah Cemerlang 2008


Hari ini merupakan hari untuk memberi penghargaan kepada mereka-mereka yang telah banyak menyumbangkan kejayaan kepada sekolah dan diri sendiri.. Banyak kejayaan yang telah dicapai dalam masa setahun.. Sepanjang tahun 2008, SMKB telah melahirkan banyak pelajar cemerlang dalam SPM dan PMR.. Walaupun keputusan PMR pada tahun 2008, tidak begitu cemerlang, namun ia tidak mematahkan semangat para pelajar pada tahun ini untuk terus bangun menggapai kejayaan.. Pada tahun lepas, keputusan SPM memberikan impak yang sangat besar pada SMKB.. SMKB telah mencatat tempat ke-10 antara sekolah-sekolah di daerah kuantan.. Alhamdulillah.. Guru-guru SMKB sangat gembira akan kejayaan ini, apatah lagi, seorang dari pelajar SMKB merupakan antara pelajar cemerlang di pahang.. Eushahida Farizza telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM, iaitu 9A.. Tahniah buat beliau.. Keputusan cemerlang pada tahun lepas juga meningkat.. hanya 2 orang sahaja yang gagal dalam matapelajaran Bahasa Melayu..

Calon Cemerlang 6A ke atas :

Eushahida Farizza bt Abdul Raffar [9A]
Jashima Parveen bt Mohamed Nusatik [10A 2B]
Nuratiqah Aisyah bt Awang @ Mat Nawi [8A 2B]
Mohd Izzuddin b Daud [7A 3B]
Wan Siti Aishah bt Wan Zulkifli [6A 4B]
Sharifah Nur Anisa bt Syed Abdul Karim [6A 5B]
Intan Norshakira bt Suliman [6A 2B 2C]
Juliea Ilhani bt Alias [6A 2B 2C]
Nur Sakinah bt Abdul Aziz [6A 4C]

Tahniah buat semua yang berjaya.. Walaupun nama anda tidak tercatat di sini, anda telah melakukan yang terbaik dalam SPM anda.. :) Di sini, kita dapat lihat hanya seorang sahaja lelaki.. hehe^^ Tahniah buat beliau kerana mendapat anugerah khas dari Pengetua SMKB.

Sepanjang majlis ini berlangsung, banyak persembahan yang dipersembahkan kepada para ibu bapa dan guru.. Antaranya ialah :


Di samping itu, 26 April 2009 ini juga merupakan Hari Bersama Pelanggan, di mana semua tetamu dapat melihat bilik-bilik pameran yang telah disediakan.. Antaranya ialah :



Hari ini juga diadakan Majlis Kesyukuran atas kejayaan yang telah dicapai oleh SMKB pada tahun 2008.. Diharap pada tahun ini, SMKB dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang cemerlang dari segi akademik, kokurikulum dan juga disiplin dirinya :) Amin....

Hi Semua!



Terima kasih kerana masih ada lagi yang sudi melawat blog ini. Sebenarnya sudah lama tak di updatekan. Dari tahun lepas sebab sibuk dengan persediaan peperiksaan SPM. Kemarin buka e-mail ada ex-student yang menemui blog ni, jadi terima kasih. Blog ni bukan lah sekolah yang buat, pelajarnya yang buat. Oleh kerana saya pun dah jadi ex-student SMKB tak dapat nak update, tapi minggu depan akan ada cerita baru yang akan di update oleh anak buah dari SMKB. Jengok-jengok lah ya! :)
(Kepada yang meminta soft copy logo sekolah, ini je yang saya dapat bantu.)






xoxo,
Journalist.

Saturday, August 9, 2008

Khursus Haji




Khursus haji telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Beserah. Pada 9 August 2008, bermula jam7.30 sehingga 12.00tgh. Kami diajar oelh ustazah yang memang berpengalaman memberi ceramah, mengajar dan membawa rombongan haji ke mekah. Pada pukul 7.30 hingga pukul 9.30 kami di beri ceramah haji dan diberi rehat. Sesudah itu sambung semula pada pukul 10.30 sehingga pukul 12.00 untuk amali haji.

Friday, July 11, 2008

Tahniah!

Tahniah kepada pasukan bola sepak sekolah, kerana telah merangkul tempat pertama dalam pertandingan bola sepak di antara juara-juara (tak pasti juara-juara daerah atau apa?mohon maaf). Ini melayakkan mereka untuk mewakili negeri pahang.Pencapaian ini sangat membangggakan pihak sekolah dan rakan seperjuangan. Semoga berjaya di peringkat yang seterusnya.

Hari Sumberia Koperasi 2008





Hari sumberia koperasi sekolah telah berlangsung pada 29 June 2008. Bertempat di Dataran Seri S.M.K.Beserah. Tujuan hari sumberia koperasi ini diadakan adalah untuk mengalakkan para pelajar dengan dunia perniagaan atau keusahawanan. Pada hari tersebut semua gerai telah di kendalikan oleh pelajar. Di mana semua promosi, barang yang hendak di jual, hiasan gerai telah di lakukan sepenuhnya oleh pelajar. Modal telah di berikan oleh koperasi sekolah dan untungnya akan di berikan kepada ahli-ahli kelab yang terlibat.

Sunday, June 29, 2008

Good Bye!

Sekarang ramai cikgu yang dah pindah antaranya Cikgu Zamziah (guru pendidikan khas), dan Cikgu Azizah (guru bahasa melayu). Cikgu Zamziah pindah ke Terengganu kalau tak silap, manakala Cikgu Azizah pindah ke Perak, di S.M.K.Rapat Setia. Semoga mereka gembira di tempat baru dan sihat sejahtera. Amin.