Friday, June 27, 2008

Trip to Cameron Highland 5,6,7 June 2008!



Setelah merancang hampir berulan-bulan. Akhirnya jadi juga untuk pergi bercuti bersama-sama. Sebenarnya dari tahun lepaas lagi buat rancangan nak pergi bercuti dengan team netball plus team bola sepak ke Pulau Tioman, tp tak jadi pula. Jadi waktu perlawanan ke peringkat sekolah kitaorang cakap la..

Liyana : Cikgu kalau kitaorang menang kita pergi bercuti ek..

Kt : Ah'ah la cikgu.. Tahun lepas tak pergi pun..

Cikgu : Insyaallah, kalau menang laa..

Semua : Okay. (Semua semangat je!)

Liyana : Pergi tau cikgu..hehe=)

Jadi bincang dan rancang kitaorang pun pergi laa bercuti di Cameron Highland pada 5 June 2008 selama 3 hari, 2 malam. Tido di apartment Royal Lily. Seronok sangat! Kitaorang pergi Cactus Valley, Pasar malam (teruja tu), Bee farm, Sungai Palas Boh Tea Center, MARDI dan macam-macam. Seronok tidak terhingga sampai ada yang tak nak balik dan yang tak puas lagi duduk kat situ!hehe.. Malam terakhir kitaoenag berkumpul dalam satu bilik. Semua sekali 37 orang dalam satu bili. Memang seronok+gembira+sedih. Riuh randah sangat.=) Kitaorang dapat cenderahati dari cikgu lepas tu kitaorang main game bisik.. Ala yang pas2 ayat tu. Pastu orang yang terakhir kena bagi tahu ayat tu, kalau salah ada la orang yang salah dengar!hehe.. Kebetulan cikgu bola jaring kitaorang nak pindah. Jadi agak sedih jugak laa.. Namanya cikgu Zie. Dah macam ibu pun ada. Kakak pun ada. hehe Cikgu memang sporting abis ah! Sayang cikgu Zie!

Sunday, May 25, 2008

Update! Selamat bercuti!




Hi..
Dah lama tak update blog ni. Biasa lah baru-baru ni tengah exam jadi sibuk sikit. Tapi sekarang exam dah habis. Cuti pun dah bermula!hahhaha... Sape laa tak suka cuti
kan. Insyaallah kalau ade cerita baru saya akan update. Tapi depend on masa yang ada laa..hehhe Waktu cuti sekolah ni jangan lupa nak study tau terutama sekali, budak-budak yang nak ambi exam SPM dan PMR. Kalau dah malas sangat, paling kurang pun tengok or baca la sikit-sikit buku tu kan.. Nanti kalau ada orang tanya, "pegang buku x cuti ni?" Haa boleh ar loya buruk skit!hheheh.. "ada"..(dalam hati pegang je laa baca tak pun!hee=) Betul tak!Jadi jaga diri baik-baik dan selamat bercuti!

Happy Teacher's Day!




Tanggal 16 Mei merupakan hari yang paling dinanti-nanti oleh guru-guru kita! Haa masa ni lah dorang dapat melakukan aktiviti bersama pelajar, dan masa ni juga lah mereka dapat hadiah dan penghargaan!hehhe.. selain tu ada la yang rasa terharu sikit kan.. jadi "Selamat Hari Guru kepada semua guru di SMK.Beserah!yahooo!!!

Saturday, April 5, 2008

Perlawanan Persahabatan Integrasi







Perlawanan persahabatan diantara S.M.K.Beserah & S.M.K.Alor Akar bagi permainan bola jaring dan bola sepak. Tahniah kepada kedua-dua pasukan kerana telah bermain dengan baik dan bersungguh-sungguh, dan tahniah juga kepada S.M.K.Alor Akar kerana telah memenangi tempat pertama bagi bola jaring dan bola sepak. Majulah Sukan untuk Negara!hee=)

Friday, March 28, 2008

Penutupan Program Anti Dadah!


Dikir Barat!Seronook!







Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Pelajar S.M.K.Beserah 2008





Majlis watikah pemimpin pelajar yang diadakan di Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN). Pada 26 March 2008, jam 8.00 pagi. Majlis ini di rasmi oleh Sub Inspektor Rahim bin Mohd Aris, Ketua Polis Balai Beserah. Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan paluan kompang sewaktu ketibaan Sub Inspektor dan terdapat 2 persembahan iaitu choral speaking dan nasyhid.

Kesemua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, penolong dan ketua kelas, pengerusi, n.pengerusi, setiausaha, bendahari kelab dan persatuan, unit pakaian seragam dan ketua pasukan sukan dan permainan menerima watikah pada hari tersebut.

Tuesday, March 18, 2008

Kelab Bowling (second game)




Hari tu first game telah dijalankan dengan jayanya. Skarang second game plak di tempat yang sama iaitu di Kuantan Mega Lance. Bayarannya adalah seperti biasa! This time we also enjoi the game! kat sini ade beberapa gambar sewaktu di sana! Have Fun!!!